slider

Pages

Sunday, 22 December 2013

Wayang Kulit



OUR HERITAGE: WAYANG KULIT
Aku terbaca  the news strait times yang bertarikh 5 disember 2013. Ia  mengamit  memori ku ketika kecik2 dulu dengan memaparkan tajuk wayang kulit... aku pernah tgk wayang kulit bersama keluarga ku.. waktu tu aku masih kecik kira2 dalam 4  atau 5 tahun.. seingat aku belum bersekolah. Wayang kulit tu bukan buat kat kampung aku pun tapi kampung berdekatan.. masa tu rumah aku pun xda tv lagi.. elektrik dah ada waktu tu.. tp tak semua rumah ada elektrik la... bila ada pertunjukan macam tu memang akan pakat berkumpul la.. aku tak terkecuali.. siap bawa bantal lagi.. memang best.. 

Thursday, 5 December 2013

ADAKAH ANDA SEORANG YANG CEPAT BOSAN BORING



Pernah tak anda bermesej dengan seseorang mugkin family anda, girlfriend, boyfriend, kawan2. Dan setiap kali mesej menayakan soalan yang sama. 

Cth corak perbualan 

A: Hai buat apa tu?
B: tak buat apa pun. Tgk tv ja. Awak buat pa?
A: sama la tgk tv. tgk ceta pa?
B: Cinta hujung tangkai.. awk tgk ceta apa pula
A: Sama. Dh makan
B: Dah.. awak pula dh mkn? (masuk pula topic mkn)

Tuesday, 3 December 2013

RANGGAU/ Ramlee Awang Murshid




Review Novel: RANGGAU / RAM



SINOPSIS
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.


Tuesday, 5 November 2013

The History of Iban: Malaysia Ethnic Group

History in brief
Potrait of Iban Maiden by Tan Wei Kheng
The Ibans are a branch of the Dayak peoples of Borneo.In Malaysia,most Ibans are located in Sarawak,a small portion in Sabah and some in west Malaysia. They were formerly known during the colonial period by the British as Sea Dayaks. Ibans were renowned for practising headhunting and tribal/territorial expansion. A long time ago, being a very strong and successful warring tribe, the Ibans were a very feared tribe in Borneo. They speak the Iban language.

Wednesday, 9 October 2013

Zaman Sekolah: 4 Novel Pilihan

Zaman sekolahlah masa kita paling aktif membaca tidak kira untuk tujuan pembelajaran, projek Nilam (nak dapat hadiah), hobi atau tujuan lain bergantung kepada individu. Dalam banyak-banyak novel yang kita baca mesti ada diantaranya yang kita amat gemari. Ini adalah senarai novel kegemaran Penulis masa di sekolah dulu. Banyak novel yang Penulis minat tapi lupa pulak namanya. Makin tua makin susah nak mengingat.

Siri Salma


Sinopsis
Mengisahkan sepasukan penyiasat yang terdiri daripada Salma, Mei Lin dan Zarina. Mereka kerap membongkarkan rahsia tindakan jenayah dan misteri yang mendebarkan. Dalam melakukan penyiasatan, mereka mendapat bantuan daripada Encik Hamid, seorang peguam yang terkenal. Kepintaran mereka menyiasat amat dikagumi pihak polis.

Monday, 7 October 2013

BELAJAR BAHASA KEDAH

Hanya Suka-Suka

Banyak sebutan perkataan dalam bahasa kedah sama dengan Bahasa Inggeris. Walaupun sebutan lebih kurang sama tapi makna/ maksudnya berbeza..

jom kita try sebut..
  • are what          :Awat            = Kenapa
  • tea dog            :Tidoq           = Tidor
  • car talk            :katoq           = Ketuk
  • dare par          : Depa           =  Mereka
  • team bar          : Timba          = Baldi

Saturday, 5 October 2013

PENGALAMAN DAN SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PENGAWAI TADBIR N27


Penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman yang dilalui oleh penulis semasa menghadiri  temuduga untuk jawatan penolong pegawai tadbir N27.

Perjalanan ke tempat temuduga
Penulis dipanggil untuk menghadiri temuduga pada 13 Jun yang lepas. Temuduga dijadualkan bermula jam 8 pagi bertempat di Dewan Temuduga SPA Putrajaya. Disebabkan kali pertama menaiki pengangkutan awam ke Putrajaya, penulis memperlengkapkan diri dengan maklumat yang secukupnya bagi mengelakan mengalami sebarang kesulitan untuk sampai ke destinasi temuduga. Penulis menaiki KLIA Ekspres yang paling awal iaitu jam 6.45 pagi dari KL Sentral ke Putrajaya, sampai di Putrajaya penulis menaiki teksi ke Dewan Temuduga.

TIPS BUAT RESUME


Hari ni berfacebook.. banyak cerita best yg dikongsi..  tak terlepas juga berchatting dgn kawan-kawan.. bertanya pa yg patot.. dalam berchatting tak lupa juga kerja depan mata ya.. chatting hanya sambilan sahaja.. ok tu bukan apa saya nak ceta..ni yang nak ceta  masa chatt tu kawan cakap “ weh check jap objektif kerjaya aku”.... ceq (saya) pun baca la... bla..bla.. bla.. dengan point ni la.. ceq rasa nak kongsi sikit dengan pembaca pasal tips buat resume.. ni kira style tersendri la.. taip refer juga tips resume lain

Friday, 4 October 2013

PERKENALAN KAMI: MASIHKAH KAU INGAT?

Dalam Kenangan

Dari sudut penceritaan Hati Debab 

Masih kukuh dalam ingatan tentang perkenalan kami bertiga.. kami bertemu masa sama-sama mendaftar masuk uitm shah alam.. masing-masing datang dari kampong, datang berteman  ahli keluarga.. kemudian di tingalkan dengan sebiji beg besar dan segunung harapan di uitm tu.. masih ingat di Hati Debab.. masa tu lah abg bagi hanset nokia 3 sekupang( entah la nokia pa) yg abg duk guna kepada hati debab sebelum depa semua bergerak balik....ckp kat abg xpayah la.. nanti pa2 Hati Debab call guna public phone.. nanti dia nk guna pa.. dia bg juga.. tu hanset pertama tau..  kami masuk uitm induk di seksyen 1 shah alam.. sama-sama register di situ.. tapi kami bertiga tak jumpa di situ.. pada hari ke-2 kami diarah bergerak ke kolej penginapan yg ditetapkan.. kami dapat kolej puncak perdana.. di sini bermula titik permulaan perkenalan kami. 

Hati Debab terjumpa Penulis ketika duk mencari geng serumah.. Penulis memang senyap masa tu.. tak berteguq pun.. hehe.. macam boleh teguq pun tak pasti.. masa tu rumah Hati Debab tak cukup 2 orang.. seruamah 8 orang.. masa turun dan berkumpul kami duk dekat-dekat.. geng Hati Debab yang teguq.. Tanya Penulis dah ada geng ka.. Penulis pun macam takda lagi geng .. jadi masuk la dalam group rumah Hati Debab.. masa tu lah mula kenal dengan penulis.. wah boleh tahan sempoi budak Sarawak ni. simple dan bersahaja.. almaklumlah.. Hati Debab ni tak banyak cakap .. banyak diam dan dengar.. kami berkenalan dgn Channe ketika kelas pertama.. masa tu mcm biasa pensyrah suruh memnperkenalkan diri.. seorg demi seorg memperkenalakan diri.. macam loghat keluar.. memang waktu dialek / loghat masing2 pekat . Kelantan dgn kelatenya..terenganu dgn g yang tak boleh tingal, utara dgn hang  aku xabis-abis..sabah dgn bah xsudah2, satrawak dgn kamek.. dan macam2 lagi.. almaklumlah masa masuk u lah baru keluar dari ngri masing jadi ada setengah tu faham ada setgh tu buat2 faham..untuk pengetahuan kami bertiga dari kursus pengurusan yang sama.. 


Wednesday, 18 September 2013

TENTANG KAMI

  Hati Debab 


Nak perkenal sikit blog Ndanemu.. blog yang baru menejah lama sesewang untuk tatapan umum. Blog ni merupakan hasil dari gandingan TIGA sahabat yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung..haha.. lengkap satu peta Malaysia.. blog ni mesti memberi pelbagai informasi yng diolah mengikut gaya penulisan masing-masing yang santai dengan bahasa yang pelbagai.. hehe.. boleh imagine tak. Taw dak apa tu Ndanemu? Kalau anda adalah orang Iban mesti anda ‘familiar’ dengan perkataan ini.. Ndanemu bermaksud tidak tahu atau tidak faham.. kenapa Ndanemu??? Tidak tahu??? Tidak faham??? Tak taw mai sini kami bagitau.. kalu kami pun tak tau terjah la blog ni kita berdiskusi.. Tunggu dan lihat.penciptaan blog ni adalah untuk perkongsian maklumat dengan cara penyampaian yang santai merangkumi pelbagai aspek yang menarik. Hati Debab hanyalah seorang yang biasa.. berasal dari kampung di utara semenanjung Malaysia. Dilahirkan pada 14 Rabiulawal 1408 Pada Hari Jumaat... jgn lupa wish birthday.. hmm mesti tertanya kenapa Hati Debab .. tau tak apa itu debab? Debab sama erti gemuk, besar, gedempol dan seangkatan dengannya.. sebenarnya saya suka menulis, bercerita meluahkan apa yang terbuku di hati dan tercari di fikiran.. tapi saya ni tak banyak cakap.. jadi bila saya bercerita, berkongsi, berbincang melalui penulisan saya rasa saya tulis tak cukup kertas kadang tak sempat jari nak menaip kerana banyak nak bagitau berbanding bercakap.. haha pelik kan.. saya memng pelik .. jom sama-sama pelik dengan saya.. saya juga agak lasak.. orang kata saya kasar.. almaklumlah adik beradik saya ramai lelaki dan membesar pula kat kampung.. minat pula cerita yang thriller, ganas, seram pula tu, aktiviti lasak cukup minat tapi orang sekeliling tak benarkan.. hmm takpa kita lasak dgn kemampuan yang ada.. “agi hidup agi ngelaban”- ha betoi x penulis? Ha udah la sikit-sikit saya cerita.. over pula admin Hati Debab ni.. (ckp dalam hati tau).. ok sekian ja kat sini dulu.