slider

Pages

Wednesday, 9 October 2013

Zaman Sekolah: 4 Novel Pilihan

Zaman sekolahlah masa kita paling aktif membaca tidak kira untuk tujuan pembelajaran, projek Nilam (nak dapat hadiah), hobi atau tujuan lain bergantung kepada individu. Dalam banyak-banyak novel yang kita baca mesti ada diantaranya yang kita amat gemari. Ini adalah senarai novel kegemaran Penulis masa di sekolah dulu. Banyak novel yang Penulis minat tapi lupa pulak namanya. Makin tua makin susah nak mengingat.

Siri Salma


Sinopsis
Mengisahkan sepasukan penyiasat yang terdiri daripada Salma, Mei Lin dan Zarina. Mereka kerap membongkarkan rahsia tindakan jenayah dan misteri yang mendebarkan. Dalam melakukan penyiasatan, mereka mendapat bantuan daripada Encik Hamid, seorang peguam yang terkenal. Kepintaran mereka menyiasat amat dikagumi pihak polis.


Budak 80an dan 90an mesti biasa dengan novel ni kan, rasanya novel siri Salma adalah novel paling diminati/digilai oleh budak-budak era ni termasuk Penulis. Masa sekolah rendah hinggalah Menengah Penulis memang gemar membaca novel siri Salma sampai satu siri novel tu dibaca banyak kali. Betapa popularnya novel ni sampai ada yang dah tak nampak macam rupa buku sebab ramai sangat orang pinjam. Pergi perpustakaan awam wajib jenguk sudut rak novel siri Salma. Sanggup beli lebih kad ahli sebab nak pinjam novel siri Salma lebih dari 2 buku. Tapi ada juga siri yang Penulis tidak dapat baca sampai ke hari ini. Dulu lepas baca Penulis akan tanda tajuk yang tersenarai dekat belakang jadi boleh tau yang mana satu dah dan yang mana satu belum baca lagi. Banyak siri novel yang hilang entah kemana, tak tau siapalah yang makan novel tersebut. Bila dah masuk sekolah menengah barulah Penulis tau yang novel siri Salma ni rupa-rupanya dialihbahasa dari novel siri Nancy Drew. Novel Nancy Drew berlambak-lambak dekat perputakaan sekolah tetapi tidak pernah ada yang nak pinjam. Dengan tahap bahasa Inggeris yang masih kureng Penulis ingat nak cuba baca, jadi Penulis pinjam satu novel. Mak ai patutlah pelajar lain kurang minat sebab bahasa Inggerisnya teramatlah power tahap gaban. Biasalah kebanyakan pelajar pedalaman seperti Penulis keupayaan bahasa Inggeris amatlah kritikal susah nak baca novel Inggeris yang tinggi dari tahap sekolah rendah. Teringin nak buat ‘marathon’ baca novel siri Salma sekali lagi.

Seorang tua di kaki gunung-Aziz Haji Abdullah


Sinopsis

Novel Seorang Tua di Kaki Gunung memaparkan persoalan jurang generasi. Melalui watak Tukya, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya. Pengarang telah memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara usia Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya adalah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat. 

Penulis baca novel ni masa di Sekolah Menengah. Novel yang sangat menyentuh hati bila jurang antara dua generasi dan kefahaman berbeza menjadi dinding kepada hubungan ayah dengan anak. Ayah yang lebih cintakan alam sekitar dan hidup sederhana berbanding anak lelakinya yang  lebih suka dengan dunia moden. Mungkin Penulis sudah biasa dengan persekitaran alam semulajadi maka novel ini rasa dekat sangat dengan kehidupan Penulis. Penulis menangis baca novel ni, sedih serta kagum dengan kisah hidup Tukya.

Around the World in Eighty Days-Jules Verne


Sinopsis
The story begins at England. We are introduced to Fogg, a very precise man who regularly goes to the Reform Club every evening. At one such visit to the club to play cards, he gets into a conversation with his fellow card players as to whether it is possible to go around the world in eighty days. He believes that it is and is challenged to complete the adventure. This is the beginning of the entire plot and from then on we see how Fogg goes around the world and we witness the amazing adventures that he has with his companions. The main plot is based on Fogg’s travels, while other such plots merely support the central theme Fix, the detective follows Fogg all over. He believes that Fogg is the bank robber who has robbed a great sum from the bank of England. He puts obstacles in Fogg’s path just so that he can arrest him whenever he gets the warrant from England. The suspicion that Fogg might be a clever gentleman robber is the sub-theme of the book and the author makes the reader also suspicious. Passepartout too wonders whether his master might be a robber though in his heart he has ample trust in Fogg’s integrity. The plot moves ahead with Fogg striving through various obstacles to reach London in time. He goes through Brindisi, Suez, Bombay, Calcutta, Hong Kong, Yokohama, San Francisco, New York and finally Liverpool. Fix arrests Fogg at Liverpool and this delays our hero. He thinks that he has missed the deadline and hasn’t reached London in time when in reality he reached a full day earlier. Thus Fogg wins the wager and in the course of his travels, finds himself a worthy charming, beautiful wife too.

Memang tahap bahasa Inggeris Penulis agak kureng tetapi buku ini bahasa Inggerisnya senang nak dibaca.  Penulis boleh khatam novel ni satu hari siap ulang baca lagi. Penulis baca novel cetakan lama yang dicetak pada tahun 70-an. Asalnya guru perpustakaan suruh Penulis  lupuskan buku-buku yang lama bila tengok novel ni penulis rasa tertarik nak baca sebab cover dia warna warni malah separuh dari buku –buku Penulis simpan, sayang hendak dilupuskan dan semuanya merupakan buku dalam bahasa Inggeris (takda pelajar nak pinjam, dah berkapuk dekat rak buku tak pernah disentuh pun). Bila dah baca seronok juga terasa macam melayari pengembaraan bersama dengan Phileas Fogg dengan pembantu berbangsa Perancisnya. Walaupun banyak rintangan tapi akhirnya Phileas Fogg Berjaya juga mengelilingi dunia. Semua berakhir dengan ‘happy ending’dan kita yang membaca pun berasa puas hati.

The Promise- Danielle Steel


Sinopsis
Young architect Micheal Hillyard and artist Nancy McAllister are determined to get married despite his wealthy mother's disapproval. Then a minutes before their wedding, a terrifying accident and a cruel deception separate Micheal and Nancy perhaps forever. Each pursues a new life Nancy in California, Micheal in New York. But eventually nothing and no one can keep them apart as they keep their vow never

Salah satu novel yang Penulis selamatkan dari dilupus. Penulis bukan pengemar novel romantic tetapi jalan cerita “The Promise” sangat menarik lain dari novel cinta yang Penulis pernah baca. Biasanya Penulis baca novel cinta bila dah takda sangat pilihan ataupun novel genre lain. Novel ini pun dari sekadar suka-suka pada mulanya sampai lupa nak makan sebab terlalu khusyuk membaca. Memang kalau diikutkan kisah cinta antara watak utama umpama kisah cinta agung Romeo Juliet tetapi yang membezakannya jalan cerita diadun dengan gaya yang berbeza oleh si pengarang Danielle Steel. Kita boleh teka macam mana pengakhirannya namun yang menjadi tanda tanya macam mana kita dibawa ke pengakhiran cerita. Inilah yang menyebabkan novel ini menarik untuk dibaca.



No comments:

Post a Comment