slider

Pages

Friday, 4 October 2013

PERKENALAN KAMI: MASIHKAH KAU INGAT?

Dalam Kenangan

Dari sudut penceritaan Hati Debab 

Masih kukuh dalam ingatan tentang perkenalan kami bertiga.. kami bertemu masa sama-sama mendaftar masuk uitm shah alam.. masing-masing datang dari kampong, datang berteman  ahli keluarga.. kemudian di tingalkan dengan sebiji beg besar dan segunung harapan di uitm tu.. masih ingat di Hati Debab.. masa tu lah abg bagi hanset nokia 3 sekupang( entah la nokia pa) yg abg duk guna kepada hati debab sebelum depa semua bergerak balik....ckp kat abg xpayah la.. nanti pa2 Hati Debab call guna public phone.. nanti dia nk guna pa.. dia bg juga.. tu hanset pertama tau..  kami masuk uitm induk di seksyen 1 shah alam.. sama-sama register di situ.. tapi kami bertiga tak jumpa di situ.. pada hari ke-2 kami diarah bergerak ke kolej penginapan yg ditetapkan.. kami dapat kolej puncak perdana.. di sini bermula titik permulaan perkenalan kami. 

Hati Debab terjumpa Penulis ketika duk mencari geng serumah.. Penulis memang senyap masa tu.. tak berteguq pun.. hehe.. macam boleh teguq pun tak pasti.. masa tu rumah Hati Debab tak cukup 2 orang.. seruamah 8 orang.. masa turun dan berkumpul kami duk dekat-dekat.. geng Hati Debab yang teguq.. Tanya Penulis dah ada geng ka.. Penulis pun macam takda lagi geng .. jadi masuk la dalam group rumah Hati Debab.. masa tu lah mula kenal dengan penulis.. wah boleh tahan sempoi budak Sarawak ni. simple dan bersahaja.. almaklumlah.. Hati Debab ni tak banyak cakap .. banyak diam dan dengar.. kami berkenalan dgn Channe ketika kelas pertama.. masa tu mcm biasa pensyrah suruh memnperkenalkan diri.. seorg demi seorg memperkenalakan diri.. macam loghat keluar.. memang waktu dialek / loghat masing2 pekat . Kelantan dgn kelatenya..terenganu dgn g yang tak boleh tingal, utara dgn hang  aku xabis-abis..sabah dgn bah xsudah2, satrawak dgn kamek.. dan macam2 lagi.. almaklumlah masa masuk u lah baru keluar dari ngri masing jadi ada setengah tu faham ada setgh tu buat2 faham..untuk pengetahuan kami bertiga dari kursus pengurusan yang sama.. 



Dari sudut penceritaan Channe

Pada tahun 2007, bulan Julai, sy sampai ke Semenanjung, dan itu pertama kali sy menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur,  sy ke Semenanjung oleh kerana mendapat tawaran untuk manyambung persekolahan ke peringkat Universiti iaitu di Uitm Shah Alam. Sy ke sini di temani oleh seorang rakan yang bernama Ami, dia salah satu rakan sekelas sy sewaktu di Sekolah Menengah dulu.pada hari tersebut sy dan Ami telah mendaftar di Uitm bersama –sama dengan rakan-rakan yang lain yang belum sy kenali. Di pendekkan cerita, selepas taklimat bersama, kami di tempat kan di sebuah hostel, iaitu kolej Mawar, sebelum itu sy hanya  di temani oleh abang sulung sy yang kebetulan berada di sini pada waktu itu untuk mengangkat barang-barang sy, namun selepas itu, dia pulang ke tempat nya dan sy meneruskan pengembaraan bersama dengan ami  mencari sebuah bilik yang di arahkan. Namun apa yang berlaku sy dengan ami tidak mendapat bilik yang sama sebaliknya kami masing-masin mencari bilik dan di samping itu bertanya dengan orang lain yang mencari bilik bersama juga. Akhirnya sy kemudian terjumpa bilik yang di maksudkan dan menginap di situ pada malam itu. Ke esokkan harinya, kami sekali lagi di arahkan berpindah ke tempat kami, iaitu di Kolej Puncak Perdana. Sy dengan terkial-kial mengangkat semula  ke semua barang-barang turun dan pergi menaiki sebuah bas yang telah di sedikan untuk ke tempat tersebut. 

Sementara dalam bas perjalanan ke Kolej yang di maksudkan, sy mula berfikir bagaimana tempat tersebut, dan adakah sy menjumpai seorang teman nanti, setelah mengambil masa dalam 40 minit, akhirnya bas sampai ke tempat yang di tuju, sy kemudian mengangkat barang-barang sy yang lain dan keluar untuk masuk ke kawasan kolej tersebut, dan pada fikiran sy pada waktu itu, sy hanya ternampak akan sebuah bangunan berwarna kuning dan seolah-olah itu adalah rumah flat 4 tingkat dan tempat itu seperti sebuah kawasan perumahan. Sy hanya memandang kemudian meneruskan perjalanan ke tempat yang di sediakan, dalam pada itu, sy juga melihat teman-teman yang lain juga mengangkat barang-barang mereka dan ada di antara mereka yang berteman. Sy mula berfikir lagi, dengan siapa akan sy jumpa nanti kerana rata-rata yang ada pada waktu itu semua berasal dari Semenanjung, perasaan rendah diri mulai menebal di dalam diri, namun cepat-cepat sy hilangkan rasa tersebut. Beberapa waktu tersebut sy kemudian berjumpa dengan seorang teman, lalu memperkenalkan dirinya sebagai Khuzaimah, setelah itu sy juga mengenali beberapa teman iaitu Siti Rahayu dan Siti Aishah. Melalui perkenalan ini juga sy mengenali Amy Yuana, di sebabkan pada waktu itu untuk mendaftar sebagai pelajar dan menginap di kolej, syarat yang di tetapkan haruslah sekurang-kurangnya 8 orang dalam satu rumah. Akhirnya kami dapat megumpul seramai 7 orang dan boleh mendaftar sebagai pelajar yang menginap di kolej. Setelah mendapat blok dan nombor rumah yang ditetapkan, kami kemudian mengangkat semua barang-barang ke rumah kami. Pada waktu itu lah, sy dapat mengenali sedikit demi sedikit mengenai asal mereka dan sy juga mula rasa seronok kerana ini kali kedua sy berkenalan dengan orang Semenanjung. 

Keesokan harinya kami di arahkan ke Fakulti untuk mendengar taklimat dan pada waktu itu lah sy terpandang akan seorang gadis yang pada fikiran sy dia berkemungkinan berasal dari Sabah atau Sarawak. Sy hanya memerhatikan dia dari jauh, tapi tidak mempunyai keberanian untuk menegur, sampai ketika waktu sesi kelas bermula, rupanya dia juga berada di kelas yang sama, sy hanya simpulakan dia seorang yang pendiam, sangat serius dan sangat kurang ketawa. setelah beberapa waktu, sy kemudian mengetahui dia sebenarnya berasal dari Sarawak dan berbangsa Iban. Dan si gadis berbangsa Iban inilah kawan sy yang di kenali sebagai nama pena nya si penulis. Dalam pada waktu itu, sy juga sempat memperhatikan seorang gadis bertudung ayu dan memakai cermin mata, dia seorang yang periang dan bahasanya agak pekat utara, yang berasal dari kedah. Sy mengenali nya melalui sesi perkenalan singkat namun tidak mengenalinya secara langsung kerana hanya bertemu dalam kelas sahaja. Tapi pada akhirnya sy mulai rapat dengannya apabila sy sering berkunjung ke rumah mereka dan menjadi sahabat sehingga lah sekarang. Si gadis ayu ini lah yang di kenali sebagai nama penanya Hati Debab. Perkenalan itu lah yang berterusan sehingga kini dan kerana itu lah wujudnya laman ini untuk di kongsi bersama teman-teman yang belum mengenali kami. Sekian sahaja  pengenalan yang singkat ini..:)

Dari sudut penceritaan Penulis

Terus-terang penulis ingat-ingat lupa macam mana penulis boleh berjumpa dan berkenalan dengan Hati Debab dan Channe. Susah untuk mengimbas kembali kejadian yang mana secara fizikal kita berada ditempat kejadian manakala hati dan fikiran kita melayang  ke tempat lain. Cerita penulis tidak banyak beza dari Hati Debab & Channe. Pertama kali mendaftar  dan mengikuti orentasi di UiTM Shah Alam tetapi tidak disangka rupa-rupa Fakulti berada diluar  kampus yang jauh lagi terpencil. 

Penulis rapat dengan Hati Debab sebab kami memang satu rumah manakala dengan Channe pula rasanya sebab Borneo + Borneo memang  akan ngam ba. Hati Debab kata penulis serius ala dia lagi serius. Penulis dengan Hati Debab orang kata sama tapi langsung tidak serupa, kami sama sebab dua-dua mata duitan asal minta tolong sikit mesti nak 2 kupang dan juga  obsses dengan ‘air gedegang’. Disebabkan bercampur dengan Hati Debab serta kawan lain dari Kedah penulis secara tidak sedar terpengaruh dengan bahasa kedah, siap panggil Hati Debab ‘hang’ lagi.

Pernahkah anda merasa dibumi asing anda berharap sangat berjumpa dengan orang/kawan satu negeri atau satu bangsa dengan anda? Begitulah rasa hati penulis pertama kali berjumpa Channe dalam kelas. Penulis berharap sangat dia orang Sarawak, boleh juga dibuat kawan nanti tetapi harapan penulis musnah lepas sesi perkenalan.   Walaupun kecewa namun ianya bukan alasan untuk tidak berkawan dengan si gadis kecik comel molek dari Sabah itu. 


Kesimpulannya berkawan dengan orang bukan dari lingkungan kita (senegeri atau sebangsa) tidak kurang seronoknya kerana dihadapan kita akan tersergam dunia baru untuk kita terokai.

Kepada yang berkunjung masih ingatkah lagi kepada titik pertemuan anda dengan kawan-kawan tidak kira zaman sekolah, university atau rakan kerja?
 

 
 

No comments:

Post a Comment