Hati Debab
Nak perkenal sikit blog Ndanemu.. blog yang baru menejah lama sesewang untuk tatapan umum. Blog ni merupakan hasil dari gandingan TIGA sahabat yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung..haha.. lengkap satu peta Malaysia.. blog ni mesti memberi pelbagai informasi yng diolah mengikut gaya penulisan masing-masing yang santai dengan bahasa yang pelbagai.. hehe.. boleh imagine tak. Taw dak apa tu Ndanemu? Kalau anda adalah orang Iban mesti anda ‘familiar’ dengan perkataan ini.. Ndanemu bermaksud tidak tahu atau tidak faham.. kenapa Ndanemu??? Tidak tahu??? Tidak faham??? Tak taw mai sini kami bagitau.. kalu kami pun tak tau terjah la blog ni kita berdiskusi.. Tunggu dan lihat.penciptaan blog ni adalah untuk perkongsian maklumat dengan cara penyampaian yang santai merangkumi pelbagai aspek yang menarik. Hati Debab hanyalah seorang yang biasa.. berasal dari kampung di utara semenanjung Malaysia. Dilahirkan pada 14 Rabiulawal 1408 Pada Hari Jumaat... jgn lupa wish birthday.. hmm mesti tertanya kenapa Hati Debab .. tau tak apa itu debab? Debab sama erti gemuk, besar, gedempol dan seangkatan dengannya.. sebenarnya saya suka menulis, bercerita meluahkan apa yang terbuku di hati dan tercari di fikiran.. tapi saya ni tak banyak cakap.. jadi bila saya bercerita, berkongsi, berbincang melalui penulisan saya rasa saya tulis tak cukup kertas kadang tak sempat jari nak menaip kerana banyak nak bagitau berbanding bercakap.. haha pelik kan.. saya memng pelik .. jom sama-sama pelik dengan saya.. saya juga agak lasak.. orang kata saya kasar.. almaklumlah adik beradik saya ramai lelaki dan membesar pula kat kampung.. minat pula cerita yang thriller, ganas, seram pula tu, aktiviti lasak cukup minat tapi orang sekeliling tak benarkan.. hmm takpa kita lasak dgn kemampuan yang ada.. “agi hidup agi ngelaban”- ha betoi x penulis? Ha udah la sikit-sikit saya cerita.. over pula admin Hati Debab ni.. (ckp dalam hati tau).. ok sekian ja kat sini dulu.
Chan Ne
Seorang gadis comel, haha, sesuai dengan nama pena 'Chan Ne' yang berasal dari negeri Sabah di bawah bayu, datang merantau ke Semenanjung pada sejak tahun 2007 sampai sekarang. sedikit pengenalan mengenai saya, saya seorang yang peramah dan periang, suka mendengar cerita dan bercerita dengan teman-teman. Saya juga suka menulis seperti Hati Debab, eheh, pernah mengasilkan cerpen dulu sewaktu zaman persekolahan, dan sehingga kini masih menulis cuma apabila waktu lapang dan apabila seorang-seorang mencari ilham, uisey..hehe. bercakap mengenai cerita atau filem, saya sangat suka menonton filem horror atau seram, dan juga comedy atau fantasy..ehhe, selain itu kalau kita mahu belajar budaya orang dari tanah borneo, maka saya dengan senang hati berkongsi pengetahuan kepada semua, saya sangat terbuka dengan apa sahaja jenis cerita kita kongsi, pendek kata.."bole ba kalo ko'..kita-kita seja ba ni"..heheh..no shy2..eheh..sekian saja pengenalan dari saya, tak kenal maka tak cinta, biarpun hanya berkenalan di muka buku..ehe sekian, "ponsikou kumaa di minambasa..bahasa dusun Ranau"( terima kasih kepada yang sudi membaca ).
Penulis
Penulis
Saya admin ke-3 untuk blog ini. Saya lebih selesa bahasakan diri sebagai 'penulis'. Penulis berasal dari Sarawak Bumi Kenyalang. Penulis tidak mempunyai banyak keisitimewaan seperti kedua rakan admin penulis tetapi penulis mempunyai banyak minat. Penulis amat gilakan badminton, sejarah, bahasa dan budaya, politik dan hiburan. Mungkin entri penulis banyak berkisar mengenai minat-minat penulis. Ya seperti yang telah dinyatakan oleh Hati Debab asal nama blog ini adalah dari perkataan Bahasa Iban iaitu perkataan Enda=Tidak dan Nemu=Tahu jadi penulis singkatkan jadi “NdaNemu”. Tahap kefahaman setiap orang berbeza, apa yang kami tidak tahu pembaca mungkin lebih tahu jadi sila sudi-sudikan lah berkongsi dengan kami bertiga. Begitu juga dengan kami akan berkongsi apa yang kami tahu untuk tatapan, sumber maklumat atau dijadikan iktibar kepada semua yang berkunjung ke blog kami. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung.
No comments:
Post a Comment