Hari ni berfacebook.. banyak cerita best yg dikongsi.. tak terlepas juga berchatting dgn kawan-kawan.. bertanya pa yg patot.. dalam berchatting tak lupa juga kerja depan mata ya.. chatting hanya sambilan sahaja.. ok tu bukan apa saya nak ceta..ni yang nak ceta masa chatt tu kawan cakap “ weh check jap objektif kerjaya aku”.... ceq (saya) pun baca la... bla..bla.. bla.. dengan point ni la.. ceq rasa nak kongsi sikit dengan pembaca pasal tips buat resume.. ni kira style tersendri la.. taip refer juga tips resume lain
Ok pa yang patot ada dalam resume:-
1. Gambar
2. Maklumat peribadi / personal details
3. Objective kerjaya / Career objective
4. Latarbelakang pendidikan /Educational background
5. Working experience
6. Skill & knowledge
7. Aktiviti Ko-kurikulum
8. Anugerah& kursus / awards n courses attended (jika ada)
9. Lain2 / miscellaneous
1. Rujukan /References
Mai (mari) ni nak terang satu-satu
1-Gambar
Gambar ni gambar yang forlam macam gambar passport tu..kalau nk tgk contoh.. amik kad pengenalan dan tengok.. ha yang macam tu... bukan gambar yang kita gi jalan-jalan santai pastu kerat kat bahagian kepala dan tampal.. saya pernah juga tolong company saya cari pekerja n minta emelkn resume kepada saya.. jangan terkejut.. ada juga yang letak gambar yang tengah posing cantik dengan peace.. gmbr latar belakang tu lagi la.. macam-macam ada ..dekat zoo la.. Mcd(Mc-donald) la.. hmm.. gmbr mcm tu tak sesuai taw..
Ingat.. gambar ni penting tau tu benda pertama yang akan dilihat.. kalau minta kerja model, artis ok la buh gambar posing-posing tu.. fikir dulu apa kerja yang ampa(kamu/anda) nak minta...:)
2-Maklumat peribadi /personal details
Maklumat yg perlu ada..adalh seperti berikut..
· Nama:
· No. Kad pengenalan
· Alamat
· No.phone/ email
· Tempat lahir
· Tarikh lahir
· Warganegra
· Bangsa
· Jantina
· Status perkahwinan
· Hobi
Saya Cuma nak terang point tertentu ja.. part ni ramai yang faham
Tempat lahir :- tempat lahir adalah negeri yg kita lahir.. atau bandar besar.. contoh kedah @ Jitra, Kedah.. elakkkan bubuh (letak) nama kampung kita.. bukan semua org tau (tahu) apa nama kampung.. kalau saya kata kampung matang bonggor.. ampa tau ka tang(dekat- hanya utk tempat) mana tu.. pasti xtau kan.. elak kan juga buh nama hospital atau temapt dilahirkan contoh.. atas tikar mengkuang.. almaklumlah.. zaman ceq dulu mak bersalin kat rumah—tiba-tiba teringat masa buat biodata zaman sekolah dulu
Hobi:- ni ceq pernah terbaca dekat surat khabar.. sebelum ni pun ceq pun tak pernah bubuh hobi ni.. tujuan hobi.. untuk bagitau majikan apa yang kita buat.. kadangkadang hobi juga bersangkut paut dengan jenis kerja yang kita minta. Contoh hobi menanam pokok (berkebun) sesuai dengan kerja pekebun atau kerja bahagian pertanian. – contoh saja taw..
3- Objektif Kerjaya
Ha ni yang kawan ceq tanya tadi..
Objektif kerjaya ni.. apa yang kita nak capai bila kita diambil bekerja.. ceq nak pesan tengok buat searching sikit pasal jawatan yang kita pohon tu... tengok scope kerja dia mcm na.. apa tugas kita.. contoh la.. jawatan pustakawan- tugas pustakawan .. nak tegaskan tugas pustkawan bukan hanya susun buku ya.. tugas pustakawan macam seorg pengurus yang mengurus company nya.. kalau pustakawan tugas hanya mengurus perpustakaan yang meliputi tugas pengkatalogan, pengurusan system, pengurusan rekod...pengursuan stock, sirkulasi, customer services, - search ala apa tugas pustakwan.. ok contoh objektif yang sesuai mengikut pandagan Hati Debab la kan..
“ saya percya dengan pengalamamn dan kebolehan yang dimiliki sya dan juga dengan kerjasama rakan sekerja akan berusaha meningkatkan kualiti pengurusan perpustakaan dan mempelbagaikan ciri inovatif dan interaktif bagi memenuhi permintaan penguna dan sentiasa maju selari dengan perkembangan technology demi mencapai misi dan visi university”.
Ha lebih kurang macam tu la.. hehe..
4-Latar Belakang Pendidikan
Selalunya maklumat pepriksaan penting seperti SPM,STPM, diploma dan seterunya...exam waktu tadika, bukan na, UPSR PMR tu tak yah buh la.. tapi sesetengah company maklumat PMR diminta sekali.. cadagan saya bila ada permintaan baru buh la.. ada setengah sijil PMR pun dah takda.. huhu.... untuk bahagian ni saya suka point .. takyah buat karangan pnjang.
Maklumat yg diperlukan nama peperiksaan (SPM, STPM),tahun peperiksaan, nama institusti pendidikan, kursus yang diambil (nama ijazah, nama diploma) dan keputusan/ grade
Contoh seperti berikut
DEGREE (July 2007-April 2010)
· Kusus ijazah/ diploma yang diambik
· Nama institusi
· CGPA: ___________
STPM (2005-2006)
· Nama dan alamat sekolah
· keputusan
5- Working experience/Pengalaman bekerja
Pernah kerja.. tu ja pernah ke kerja.. yang praktikal pun boleh masuk bahgian ni.. yang kerja kilang ka.. sales girl tulis ja janji pengalaman.. tapi ingat.. kalau dah banyak sangat tu tulis pengalam kerja yang berkaitan.. kat sini majikan akan tengok.. kat sini majikan akan dapat trace.. sama ada kita ni jenis suka tukar kja.. kerja keras.. macam anggapan akan dibuat.. tapi kata sini amapa kena terang pasal apa sebab ampa berhenti kerja masa interview.. jgn sesekali bagi depa salah anggap..
6-skill and knowledge/Kemahiran
Bahagian ni kita pointkn apa kemahiran yang kita ada. Kemahiran ni meliputi kemahiran bahasa, perangai kita (yang postif ja la contoh punctual, hardworking, responsible..dll).. dan kemahiran masa kita belajar contoh kalau amik system .. system software pa ampa dah terrer guna tu bgtaw..kalau library pula macam cataloguing, spss dll la.
7- Aktiviti Kokurikulum.
Pasti yang tau kan apa tu aktiviti koko ni.. buh ja yang penting takyah la list banyak sangat.. buh yang mana kita boleh banggakan.. part ni sesetengh resume tak diperlukan
8- Awards and courses attended/Anugerah & Kursus
Jika ada baru letak ruangan ni..tapi bahagian ni pun tak berapa penting .. kalau rasa banyak sangat dan ada kursus tu penting masukkan kat bahagian koko pun boleh
9- Lain-Lain
Lain-lain di sini seperti angaran gaji yang ingin diminta, bila boleh start kerja, willing to travel, willing to relocate..
10-Rujukan
Rujukan ni orang yang kenali kita... selalu jumlah rujukan yang diminta adalah 2 orang. Buh orang yang boleh bercerita pasal cara kerja anda.. contoh pensyarah anda.. yang anda rapat dan mengenali anda.. cara anda study.. sedikit sebanyak boleh membantu..atau majikan lama anda.
Selalunya buat lah resume seringkas mungkin- paling panjang pun dalam 3 pages.. jangan terlalu banyak sangat majikan tak larat baca.. gunalah font yang sesuai contoh Arial, Times news roman dan saiz jangan terlalu kecik atau terlalu besar. Agak-agak boleh baca la..
Ingat resume ni langkah pertama dalam mencari pekerjaan. Buat resume cara atau gaya anda agak majikan tertarik panggil interview. Buatkanlah resume yang “mengoda” bakal majikan anda.
Semasa hantar resume.. hanya sertakan sijil yang penting sahaja seperti salinan kad pengenalan, ijazah, STPM dan SPM. Tapi kalau ada sijil yang rasa memang sijil tu boleh membantu dapat kerja.. contoh jawatan jurulatih taekwndo-kalau ada sijil anugerah anda juara pertndingan tu.. anda sertakanlah sekali.. hehe
Admin: Hati Debab
No comments:
Post a Comment