Penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman yang dilalui
oleh penulis semasa menghadiri temuduga
untuk jawatan penolong pegawai tadbir N27.
Perjalanan ke tempat temuduga
Penulis dipanggil untuk menghadiri temuduga pada 13 Jun yang lepas.
Temuduga dijadualkan bermula jam 8 pagi bertempat di Dewan Temuduga SPA
Putrajaya. Disebabkan kali pertama menaiki pengangkutan awam ke Putrajaya,
penulis memperlengkapkan diri dengan maklumat yang secukupnya bagi mengelakan
mengalami sebarang kesulitan untuk sampai ke destinasi temuduga. Penulis
menaiki KLIA Ekspres yang paling awal iaitu jam 6.45 pagi dari KL Sentral ke
Putrajaya, sampai di Putrajaya penulis menaiki teksi ke Dewan Temuduga.
Didewan temuduga
Sampai di Dewan Temuduga penulis menyerahkan surat tawaran dan fotostat
sijil-sijil kepada urus setia temuduga. Kepada
anda yang bakal menghadiri temuduga perkara yang paling penting yang perlu
disediakan adalah salinan resume, kad pengenalan, surat beranak, skrol
ijazah/diploma,sijil STPM, sijil SPM dan
sijil-sijil kurikulum atau ko-kurikulum yang telah disahkan. Lepas menyerahkan
apa yang patut penulis diberi nombor giliran. Penulis mengambil tempat duduk
dan mula berkenalan dengan calon temuduga yang lain dan rata-rata calon
temuduga adalah perempuan. Hasil dari sesi perkenalan penulis dapat tahu
mungkin dua pertiga dari calon adalah penjawat awam sama ada menghadiri
temuduga untuk kenaikan pangkat atau
beralih ke jawatan lain. Penulis mula mengagak berapakah peratusan untuk
penulis lulus temuduga memandangkan calon-calon lain amat berpengalaman.
Sementara menunggu giliran yang masih panjang penulis buang rasa gemuruh dengan
berbual-bual dengan calon lain. Menjadi kelaziman bila keluar calon yang baru
saja ditemuduga bertalu-talu soalan yang ditanyakan. Penulis dengar ada calon
dihentam teruk oleh penemuduga sehingga menangis. Kecut perut juga bila dengar
kes berat macam ni, penulis berharap jauhkanlah diri daripada terkena
penemuduga yang tegas.
Sesi temuduga
Bila sampai giliran penulis, penulis masuk ke bilik temuduga dengan cara
beradab (cewah). Duduk bila disuruh duduk oleh penemuduga. Penulis amat
bernasib baik dapat seorang penemuduga lelaki yang agak muda dan handsome
orangnya. Temuduga bermula dan ini antara soalan-soalan yang ditanyakan:
Pertama: penulis diminta perkenalkan diri. Penulis
mulakan dengan nama seterusnya asal, status diri, kelayakan akademik tertinggi,
minat dan pengalaman kerja (penulis cuba kaitkan pengalaman dengan jawatan
dipohon).
Kedua: penulis ditanya kenapa memohon kerja kerajaan?
Jadi penulis jawab sebab sector kerajaan lebih terjamin dan banyak manfaat,
siapa yang tidak teringin memjadi penjawat awam. Mendengar jawapan penulis,
penemuduga bertanya lagi kenapa penulis katakan jawatan kerajaan terjamin?
Penulis jawab risiko dibuang kerja tipis habis teruk pun dipindahkan ke
bahagian lain. Penemuduga bertanya lagi betulkah penjawat awam tidak akan
dilucutkan jawatan? Penulis jawab ianya bergantung kepada seberat mana
kesalahan yang dilakukan.
Ketiga: penemuduga bertanya sama ada dalam keluarga
penulis ada yang telah menjawat jawatan kerajaan? Penulis katakan tidak ada
Keempat: soalan yang ditanyakan masih berkaitan dengan
jawatan kerajaan, penemuduga bertanya bagaimana pandangan masyarakat terhadap
penjawat awam? Penulis maklumkan di kampung penulis orang yang menjawat jawatan
kerajaan ini TERSANGATLAH dipandang dan disanjung tinggi oleh orang kampung.
Kelima: soalan isu semasa. Penulis silap memilih isu
semasa seeloknya penulis pilih kes Lahad Datu yang menampakkan usaha kerajaan
memyelesaikan isu pencerobohan. Penulis pilih isu boat ekspress karam di belaga
dan ditambah pula penulis dengan lantang mengkritik penguasa tempatan tidak
memjalankan tugas dengan baik. (jadi elakkan mengritik kerajaan walaupun ianya
kenyataan).
Keenam: penemuduga minta penulis bagi 3 kementerian,
penulis jawab kementerian belia & sukan, industri asas tani (penulis silap
sebut nama penuh kementerian) dan kementerian pembangunan wanita &
masyarakat. Kesilapan kedua penulis, kenapalah nak bunuh diri beri kementerian
yang namanya panjang berjela nak sebut pun susah. Tambah penulis ditanya sebab
memilih kementerian tersebut penulis boleh beri satu sebab untuk kementerian
belia & sukan iaitu sebab penulis amat meminati sukan. Penemuduga seakan
tidak mahu mematikan soalan yang berkaitan, beliau bertanyakan aktiviti kementerian belia & sukan telah
anjurkan baru-baru ini pula. Penulis minat maaf sebab penulis tidak tahu
jawapan.
Ketujuh: soalan paling tidak dijangka, Siapakah
setiausaha Negara? Penulis hafal nama menteri cabinet tetapi tidak terlintas
nak memgenali setiausaha Negara. Penulis minat maaf sekali lagi. Penulis masih lupa
dengan nama setiausha Negara walaupun penemuduga sudah memaklumkan kepada
penulis.
Kelapan: soalan terakhir, jika penulis dipilih apakah
sumbangan penulis? Penulis jawab penulis ingin berbakti kepada masyarakat
dengan membantu apa yang patut (jawapan skema sangat). Penulis akhiri jawapan
dengan memgambil slogan yang selalu digunakan oleh PM “rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan”, penemuduga gelak (penulis tidak pasti apa yang lucu
dengan jawapan penulis). Temuduga berakhir dengan soalan ini.
KESIMPULAN
Kepada calon temuduga diharap pengalaman penulis dijadikan panduan &
iktibar. Jangan buat kesilapan seperti yang penulis telah lakukan.
Admin: Penulis
No comments:
Post a Comment