OUR HERITAGE: WAYANG
KULIT
Aku terbaca the news strait times yang bertarikh 5
disember 2013. Ia mengamit memori ku ketika kecik2 dulu dengan
memaparkan tajuk wayang kulit... aku pernah tgk wayang kulit bersama keluarga
ku.. waktu tu aku masih kecik kira2 dalam 4
atau 5 tahun.. seingat aku belum bersekolah. Wayang kulit tu bukan buat
kat kampung aku pun tapi kampung berdekatan.. masa tu rumah aku pun xda tv
lagi.. elektrik dah ada waktu tu.. tp tak semua rumah ada elektrik la... bila ada
pertunjukan macam tu memang akan pakat berkumpul la.. aku tak terkecuali.. siap
bawa bantal lagi.. memang best..
Sekarang ni susah
dah kan nak tengok wayang kulit.. itu yang pertama and terakhir aku tengok
wayang kulit secara live.. La ni aku nak bercerita sikit sejarah wayang kulit
kita ni..
Apa yang kita ingat
bila kita sebut pasal wayang kulit.. bagi saya bila sebut wayang kulit ja.. saya akan ingat patung-patung dia yg
unik, tukang cerita (boleh bertukar pelbagai suara), bunyi alunan muzik dari alat muzik tradisi ( muzik ni pula
ikut rentak cerita- pandai2 la bayangkan sendri)..
Wayang kulit ni sebenarnya boleh dikatakan
permainan dan persembahan yang berkaitan dengan kesenian dan teater.. wayang
kulit ni akan melakonkan watak untuk menghidupkan sebuah cerita.. ingat dulu
cerita etong & eteng.. entah betoi ka tak aku tulis eteng tu.. cerita ni
memang aku suka.. dia lawak dan menceritakan tentang apa yang berlaku ketika
itu.. macam sketsa kehidupan.. xmacam cerita yg kisah yang macam dewa2
tu..wayang kulit banyak memaparkan cerita pasal dewa2.. ala cerita zaman kuno..Cerita
yang sering dipersembahkan berasal daripada
two kisah epic dari India - Mahabrata dan Ramayana. Biasanya,
wayang kulit akan disertakan sekali orchestra Gamelan ( ochhestra Indonesia). Muzik
ni adalah untuk membawa si penonton menjiwai cerita itu .
Ampa tau tak? Di
Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit iaitu
·
Wayang Kelantan (Siam)
·
Wayang Kulit Jawa
·
Wayang Gedek (Kedah)
·
Wayang Melayu.
Wayang Kelantan
dan wayang Gedek-Siam popular di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung
seperti Kelantan, Terengganu, Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan
Perak. Manakala wayang kulit Jawa sangat popular di Johor dan Selangor.
Untuk menghidupkan cerita wayang
kulit ni bukan mudah. Pengcahayaan amat penting untuk watak2 dalam sebuah
cerita. Patung2 tu pula bukan senang nak buat tau. Patung tu diukir dengan
mengunakan kepakaran yang tinggi.. kena da bakat baru boleh ukir patung ni.. setiap
patung atau watak mempunyai ciri-ciri fizikal yang tertentu dan berbeza.
Contohnya, patung-patung tersebut mungkin berlainan dari segi tangannya. Lagi
satu patung ni diwarnakan dengan warna yg unik bergantung kepada status watak..
tapi apa yg saya pelik.. warna punya la lawa patung tu.. tp penonton hanya nampk
hitam putih ja... boleh ka nampak warna yag ada kat patung tu?? Apa yang ampa
fikir.. bagi aku.. elemen warna tu xseberapa penting kerana penonton xdapat
menghayati kecerian warna tu.. melainkan penonton boleh dapat bezakan
penguanaan warna tu..cuba ingat balik iklan ubat batok cap ibu dan anak tu..
hitam ja kn.. selain tu, setiap patung mempunyai cara bercakap dan berjalan
yang berbeza.. jadi nak pentas wayang kulit memang rumit dan memerlukan latihan
dan ajaran dari orang yang berpengalaman..
disebalik tabir.. |
Dalam wayang kulit ada seorang
yang dipangil TOK DALANG iaitu tukang cerita tu la.. jangan ingat dalam cerita
upin & ipin ja ada tok dalang.. TOK DALANG ni orang penting dalam menghasilkan
cerita disebalik tabir (kain putih). Bayangkan.. dia la kena gerak2 patung2
tu..pastu dia pula kena jadi suara latar bagi watak patung2 tu... kan susah
tu.. bukan satu watak.. tpi 2 3 watak.. semuanya bergantung kepada TOK DALANG...
70 peratus kejayaan persembahan wayang
kulit bergantung kepada TOK DALANG. Bukan
nak kata staff wayang kulit yang lain tu xpenting.. tapi kalau depa tu xda..
agak hancur la wayang tu.. sunyi tanpa irama..hehe
Masuk bab alatan pula. Ingat
sikit ja.. rupa-rupanya.. macam2 alat muzik digunakan.. ni antara alat muzik
yang digunakan:-
·
Canang
·
gedombak
ibu dan anak
·
geduk ibu
dan anak
·
serunai
·
kesi
·
mong
·
gendang ibu
dan anak
·
gong
jadi bayangkan berapa orang yang berperanan dalam menghasilkan
irama dalam sesebuah persembahan wayang kulit..
jom tgk
video wayang kulit.. jom p kat link http://warisankita-2.weebly.com/wayang-gedek.html
Sumber rujukan
News straits times (5 disember 2013)
admin: Hati Debab
No comments:
Post a Comment