slider

Pages

Wednesday, 29 January 2014

Satu Janji / RAM



Review Novel: Satu Janji / Ramlee Awang Murshid
Synopsis:
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
Blogger Tricks

FIKSYEN 302 / RAM








Review Novel: FIKSYEN 302 / RAM

Synopsis:
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
TAHUN 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikenadalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada yang dijangkakan!

Sunday, 22 December 2013

Wayang Kulit



OUR HERITAGE: WAYANG KULIT
Aku terbaca  the news strait times yang bertarikh 5 disember 2013. Ia  mengamit  memori ku ketika kecik2 dulu dengan memaparkan tajuk wayang kulit... aku pernah tgk wayang kulit bersama keluarga ku.. waktu tu aku masih kecik kira2 dalam 4  atau 5 tahun.. seingat aku belum bersekolah. Wayang kulit tu bukan buat kat kampung aku pun tapi kampung berdekatan.. masa tu rumah aku pun xda tv lagi.. elektrik dah ada waktu tu.. tp tak semua rumah ada elektrik la... bila ada pertunjukan macam tu memang akan pakat berkumpul la.. aku tak terkecuali.. siap bawa bantal lagi.. memang best.. 

Thursday, 5 December 2013

ADAKAH ANDA SEORANG YANG CEPAT BOSAN BORING



Pernah tak anda bermesej dengan seseorang mugkin family anda, girlfriend, boyfriend, kawan2. Dan setiap kali mesej menayakan soalan yang sama. 

Cth corak perbualan 

A: Hai buat apa tu?
B: tak buat apa pun. Tgk tv ja. Awak buat pa?
A: sama la tgk tv. tgk ceta pa?
B: Cinta hujung tangkai.. awk tgk ceta apa pula
A: Sama. Dh makan
B: Dah.. awak pula dh mkn? (masuk pula topic mkn)

Tuesday, 3 December 2013

RANGGAU/ Ramlee Awang Murshid




Review Novel: RANGGAU / RAM



SINOPSIS
Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.


Tuesday, 5 November 2013

The History of Iban: Malaysia Ethnic Group

History in brief
Potrait of Iban Maiden by Tan Wei Kheng
The Ibans are a branch of the Dayak peoples of Borneo.In Malaysia,most Ibans are located in Sarawak,a small portion in Sabah and some in west Malaysia. They were formerly known during the colonial period by the British as Sea Dayaks. Ibans were renowned for practising headhunting and tribal/territorial expansion. A long time ago, being a very strong and successful warring tribe, the Ibans were a very feared tribe in Borneo. They speak the Iban language.

Wednesday, 9 October 2013

Zaman Sekolah: 4 Novel Pilihan

Zaman sekolahlah masa kita paling aktif membaca tidak kira untuk tujuan pembelajaran, projek Nilam (nak dapat hadiah), hobi atau tujuan lain bergantung kepada individu. Dalam banyak-banyak novel yang kita baca mesti ada diantaranya yang kita amat gemari. Ini adalah senarai novel kegemaran Penulis masa di sekolah dulu. Banyak novel yang Penulis minat tapi lupa pulak namanya. Makin tua makin susah nak mengingat.

Siri Salma


Sinopsis
Mengisahkan sepasukan penyiasat yang terdiri daripada Salma, Mei Lin dan Zarina. Mereka kerap membongkarkan rahsia tindakan jenayah dan misteri yang mendebarkan. Dalam melakukan penyiasatan, mereka mendapat bantuan daripada Encik Hamid, seorang peguam yang terkenal. Kepintaran mereka menyiasat amat dikagumi pihak polis.