Review Novel: FIKSYEN 302 / RAM
Synopsis:
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara hampir serupa. Angka 302 dilakar didahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan
sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang
mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat
diselesaikan.
TAHUN 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina
menyertai projek rahsia yang dikenadalikan oleh dua orang pakar psikiatri
bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj.
Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi.
Lebih dahsyat daripada yang dijangkakan!
Komen aku:
Cerita dimulakan
dengan memperkenalkn watak :-
Farid Ja’ah, seorang
penganalisis saham yang gagal... terpaksa dimasukkan ke hospital permai tampoi
untuk rawatan mental..kini dia telah sembuh dan bebas dari masalah mental
Lan Lani- sedang
melakukan pembunuhan dengan mengantungkn mangsa
seperti sedang sedang menjalani hukuman gantung dan melakarkan 302 di
dahi mangsa. Kemudian dia menyerah diri dalam keadaan berbogel.
Noorhafiza izura
seorang peguam ditugaskn untuk membela Lan Lani kerna firmanya telah menerima
sepucuk surat yg menyatakn lan lani tidak bersalsh dan mengupah firmanya untuk
membela Lan Lani.
Dalam soal selidik antara noorhafiza n lan lani..
ada watak baru muncul iaitu zonan sebagai penangung -jawab yg mengarahkan lan
lani membunuh. Zonan roh jahat yang tak berjasad.. mempunyai muka yng xberwajah
hanya sepasang mata.. setiap pembunuh yg melakukn pembunuhan iaitu, Jimmy Yeoh
n parakash Kumar melakukan siri pembunuhan yang sama dengan menlakarkan 302 di
dahi setiap mangsa dan menyerah diri secsra berbogel selepas disahklan sembuh n
bebas keluar... mereka bertiga ni memang dari wad gila yg sama.. ayat zonan
jasad yang tak berwajah akan berulang-ulang bermain dimulut mereka ni..
Sampai dikemuncak sehinga Noorhafiza izura sendri
juga mengalami ganguan yang sma dari zonan.. adakh juga mengalami jangkitan
masalah mental mereka ni.. pembantu noorhafiza izura iaitu nurul juga dibunuh
angkara marah.. noorhafiza izura juga mengalami ugutan bunuh.. aku pun hampir
gila baca novel ni.. trademark Jangan percaya memng betoi2 buat kita geram bila
membaca.. memang betoi2 tak boleh percaya dengan RAM ni.. suka putar belit
keadaan... tekanan mental seketika.. wujud watak ilusi.. memang xdapat nak
jangka pun tu watak ilusi dari pesakit mental..walaupun dh disahkan sembuh
kadang depa ni masih berilusi.. pengaruh zonan terlalu kuat.. dari dalam wad
gila sampai keluar wad pun masih digangu.. ayat jangn buat perjanjian dengan
zonan.. tapi aku xtau apa perjanjian depa tu.. zonan yang arahkan merekan membunuh..
aku mula berfikir.. aku rasa zonan watak utama.. mugkin dia watak kedua dari
salah seorang dari pesakit mental ni.. memng gila..tapi kenapa zonan nak bunuh
depa ni.. mangsa pembunuhan adalah org penting yang dalam arena politik..
Farid Ja’ah yang juga menjadi mangsa gangguan
zonan kini masih berdaya tidak mengikut arahan zonan.. tapi dia juga tidak
sedar dia sendri mengalami daya ilusi yang tinggi.. akibat dari tekaan dari zonan..
dia akhirnya kembali ke hospital tampoi sebagai pekerja.. dia xmampu berdikari
sendri diluar. Pegawai n pekerja disitu menerima farid dengan baik..
Rita Yuzaliza merupakan seorang peguam pada tahun
2032 merupakan anak kepada datuk mahali n datin ummu hani..keluarag rita hanya
indah khabar dari rupa... keganasan rumah tanga sering melanda.. ibunya datin
Ummu hani selau menjadi mangsa pukul Datuk mahali.. seperti ada kisah
disembunyikan.. datuk mahali merupakan mangsa utama yang diburu zonan.. tapi
masih hidup bebas dalam ketakutan.. kisah lampau mengamit memori dan mencetus
ketakutan..
Rita menjadi subjek bagi dr rozalina (juga doctor
pesakit mental kepada pembunuh2 ni) dalam projek 302 (merentas masa) untuk
kembali ke 18 tahun yang lepas untuk
menyiasat kes pembunuh kejam..rita kembali dengan muncul sebagai watak
Noorhafiza izura. risiko daripada teknologi ini, rita mungkin akn hilang memori
n terperangkap dlm watak noorhafiza.. zonan menyedari ada tindakan yg cuba
untuk membongkar kisah ini.. dr rozalina dan pasukan dibunuh semasa proses ini
berlaku.. apa yg jadi kat rita.. bagaimana ia pulih..kisah apa yg tersembnyi..
siapa zonan sebenarnya.. apa yg berlaku kepada lan lani, jimmy yeoh, prakash
kumar, apa motif sebenar pembunuhan..
siapa dalang sebenarnya punca
keadaan..
baca novel ni.. anda jgn percaya bagi mengelak
anda menjadi mangsa penipuan hehe..
selamat membaca..
ADMIN: Hati Debab
No comments:
Post a Comment