Review Novel: RANGGAU / RAM
SINOPSIS
Satu pembunuhan
bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh
polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak
seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang
menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang
dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal,
dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia
menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui
Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu
mempunyai kebolehan menyiasat.







